|
Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) Seberang Titi, Kuala Pegang mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman web kami. Pusat Jalur Lebar Komuniti merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Sebanyak 12 Pusat Jalur Lebar Komuniti rintis untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2 dan 31 pusat untuk Fasa Felda telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.   |
|
Terakhir dikemaskini ( Sabtu, 19 Mac 2011 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|
PJK SEBERANG TITI 
PJK Seberang Titi terletak di bawah zon Kuala Pegang dan termasuk di dalam Mukim Kupang yang mana salah satu daripada mukim yang terdapat di dalam Daerah Baling, Kedah. Jarak antara PJK Seberang Titi ke pekan Baling ialah 25 km. Keluasan bagi Mukim Kupang ialah 199.25 km/per dengan jumlah penduduknya ialah sebanyak 25,709 orang terdiri daripada kaum Melayu 87%, Cina 6%, India 4%, Thai 2% dan lain-lain 1%. | Ahli Parlimen | YB Ust. Taib Azamuddin B. Mohd Taib | | Adun Kawasan | YB Ir. Johari B. Abdullah | | Pegawai Daerah | Tn. Hj. Ahmad Fisol B. Md Noor | | Pemangku Penghulu | En. Hasnurisam B. Mad Yaden | | Ketua Kampung | En. Ibrahim B. Md Isa | | Imam/ Ketua Agama | Tn. Hj. Ismail B. Omar | | Pengerusi JKKK | En. Ibrahim B. Md Isa | |
|
Terakhir dikemaskini ( Khamis, 26 Mei 2011 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|
SEJARAH KG. SEBERANG TITI, KUALA PEGANG 
Asal usul Seberang Titi diperolehi kerana kedudukan kampung tersebut berada di seberang titi atau jambatan yang menyambungkan kampung tersebut dengan Pekan Kuala Pegang. Kampung Seberang Titi juga dikenali sebagai Kampung Lubok Kabu. Mengikut sejarah orang kampung, nama Lubok Kabu diberi sempena sebatang pokok kabu yang telah tumbang di dalam lubok atau sungai. Pokok kabu tersebut mempunyai diameter yang sangat besar dan telah menjadi tempat orang-orang kampung menangkap ikan.   |
|
Terakhir dikemaskini ( Rabu, 01 Disember 2010 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|